Menjadi Dewasa
"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ" Menjadi dewasa itu bukan mudah. Perjalanannya panjang dan penuh liku. Juga sunyi. Dalam setiap kesunyian yang menjentik hati dan jiwa, pasti akan ada ketika kita jatuh tersungkur. Akan ada ketika tiada satu manusia yang memahami segala isi hati. Bila tiba detik itu, pulanglah kepadaNya. Benar kata orang, Tuhan uji kerana Dia tahu kita mampu. . Semoga Tuhan kurniakan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang penuh cabaran.